|
1. Sembahyang
diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan
nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku,
gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah
menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak
memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar
menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara
halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong
menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong
sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat
(harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang
hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih
kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di
luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka
bumi.
9. Fenomena
lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan
kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan
menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan
lain.
11. Anak-anak
mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak
menjadi tuan).
12. Kawan baik
dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka
lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak
berbuat kebaikan.
13. Dosa
dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak,
bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang,
mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias
indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian
barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang
sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji
akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar
perintahNya,
16. Akan datang
golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai
terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul
dan suka berpesta.
17. Al-Quran
dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca
serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba
berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia
tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut
Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta
menyebarkannya.
21. Akan
bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah
senjata syaitan yang baik).
22. Ramai
orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana
pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
 |